Upah bomoh Siam RM800, wanita disihir adik-beradik sendiri angkara dengki
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik pengguna dikenali Paksu memaparkan seorang wanita menjadi mangsa khianat oleh adik-beradik kandungnya sendiri.
Aku dengki kat depa
Menerusi hantaran tersebut, wanita yang dirasuki ‘benda’ itu mengatakan dalang perbuatan terkutuk tersebut sanggup membayar sekitar RM800 kepada bomoh Siam untuk menghantar sihir kepadanya.
Lebih menyedihkan apabila sihir tersebut sebenarnya angkara ahli keluarganya sendiri yang dengki dengan kehidupan mewah wanita tersebut.
“Aku tak boleh tengok bini dia tu hidup senang. Hang tau tak, bini dia tu lebih daripada aku. Aku tak boleh tengok. Adik aku ni, aku yang hasut. Semua, semua ini aku yang hasut. Pok dia lah ni halau dia.”ujar entiti tersebut.
Tak puas hati dengan dia!
Selain itu, wanita yang dirasuk itu memberitahu perbuatan sihir itu turut didalangi beberapa orang yang iri hari dan berpakat berkongsi duit bagi membayar bomoh Siam sebanyak RM800.
Bukan itu sahaja, pelaku juga mengatakan dia menggunakan patung yang dicucuk paku selain menggunakan gambar, kain batik dan pakaian milik mangsa atas tujuan menyakitinya. Jika boleh, mereka boleh dia meninggal dunia.
“Kami nak suruh dia keluar daripada rumah pusaka tu. Kami nak tapak rumah tu. Ayah aku depa yang bela. Bini dia tu bela bagus. Bela pak mertua, dia bagus macam ayah dia sendiri. Kami tak boleh tengok dia bagi makan mewah. Dia layan pak tu lebih,”katanya dengan nada iri hati.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai turut mendedahkan mengalami situasi yang sama seperti wanita tersebut.