Enggan ditalak, isteri rela bantu suami ‘ratah’ anak berusia 11 tahun


Enggan ditalak, isteri rela bantu suami ‘ratah’ anak berusia 11 tahun

Enggan ditalak, isteri rela bantu suami ‘ratah’ anak berusia 11 tahun

Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar khabar yang menyedihkan di mana ramai tergamak melakukan perbuatan sumbang dan mementingkan nafsu serakah sehingga sanggup ‘ratah’ anak perempuan sendiri.

Terbaharu, tular sebuah sedutan program bual bicara berjudul ‘Analisi’ oleh TV Alhijrah sehingga menarik perhatian ramai.

Isteri bantu suami ikat tangan & londehkan seluar anak umur 11 tahun

Menerusi video dimuat naik semula di platform TikTok, Puan Suzana Ghazali iaitu Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie sempat mendedahkan kisah sebuah keluarga yang bergelumang dengan kisah sumbang.

Dalam temu bual tersebut, Puan Suzana memberitahu terdapat kes di mana seorang ibu tergamak membiarkan anaknya menjadi mangsa ‘ratah’ oleh bapa tiri sendiri iaitu suaminya.

Apa yang menyedihkan, ibu tersebut sanggup membantu suaminya memegang di bahagian tangan untuk diikat pada bahagian hujung katil sebelum memegang kaki anaknya untuk membolehkan ‘bapa tiri’ durjana itu melondehkan seluar anak perempuannya berusia 11 tahun.

“Saya kan Kak Sue, mengaku saya sendiri yang tolong suami saya pegang tangan anak untuk suami ikat di hujung katil. Dan, saya yang pegang di hujung kaki anak saya untuk suami londehkan seluar dalam anak,”ujar Puan Suzana mengenai kisah individu terbabit.

Suami bagi pilihan sama ada bagi tidur atau tengok sahaja anak tu. Kalau tak dapat, suami nak ceraikan
Mengulas lanjut, Puan Suzana memberitahu wanita tersebut diberi dua pilihan sama ada membenarkan anak kandungnya itu tidur bersama atau sekadar melihat sahaja. Jika tidak mendapat kedua-duanya, suaminya akan menceraikannya.

Sebaik sahaja mendengar pilihan yang diberikan, wanita tersebut ‘menghalalkan’ sahaja kelakuan dan tindakan suaminya ‘meratah’ anak kandung hasil perkahwinan pertamanya kerana enggan ditalakkan sekali lagi.

“Suami baru dia bagi tiga pilihan. Satu, bagi tidur dengan anaknya, kedua pula nak tengok sahaja jika tak boleh tidur bersama. Jadi, dia kata kalau tak dapat kedua-duanya ini, lelaki tersebut akan ceraikan wanita itu.

“Dia tak nak buat laporan polis takut diceraikan semua,”jelas Puan Suzana lagi.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan rasa geram dan terkejut dengan tindakan seorang ibu membiarkan anak perempuannya menjadi mangsa kerakusan nafsu suami yang baru sahaja dinikahinya.

Sumber dan rujukan

LihatTutupKomentar