Meningg4l Dunia Di Sisi Bapa, Hafizah Al-Quran Tersenyum Seakan Melihat Syurga,Khatam Al-Quran Seawal Umur 10 Tahun

Meningg4l Dunia Di Sisi Bapa, Hafizah Al-Quran Tersenyum Seakan Melihat Syurga,Khatam Al-Quran Seawal Umur 10 Tahun

M3ninggal duni4 dalam keadaan baik adalah impian yang diselitkan dalam beribu-ribu permintaan dalam setiap doa. Setiap kehidup4n pasti akan bertemu dengan kem4tian. Itulah adalah kepastian bagi semua makhluk Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf, ayat 34:

Maksudnya: ”Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai m4ti kemudian kamu akan dikembalikan kepada kami (untuk menerima bal4san).”

Perkongsiaan seorang bapa, Haji Afandi Abdul Samad di Facebook mengenai perjalanan anak sulungnya, Iman Sumayyah yang telah meningg4l duni4 pada 4 Oktober lalu kerana penyakit k4nser telah menyentak hati ramai orang. Kem4tian yang cukup indah, secantik nama, dan akhlaknya juga.

“Iman” bermaksud keimanan pada Allah SWT. Manakala “Sumayyah” adalah seorang tokoh wanita Islam pertama yang syahid mempertahankan agamanya iaitu Sumayyah Binti Khabbat.

Dari luaran, Iman Sumayyah sama seperti remaja-remaja lain seusianya. Namun, Allah SWT mentakdirkan beliau menjadi insan terpilih yang diuji di sisa hayatnya sebelum diberikan syahid di hujung nafas.

Dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan pendidikan agama. Insan berdua ini, Afandi Bin Abdul Samad dan Robiyatun Binti Md Nor telah membesarkannya menjadi seorang muslimah sejati.

Bahtera perkahwinan yang dibina dari sebuah Program Ceramah Perdana berkisar tajuk Keluarga Sakinah Keluarga Bahagia telah mengurniakan mereka lima orang cahaya mata.

Iaitu Iman Sumayyah (1999), Miqdad Shauqi (2001), Wardhina Huda (2002), Fawwaz Zuhaili (2003), dan Hidayah Insyirah (2005) yang kini masing-masing masih melanjutkan pelajaran.

Ulama selalu memberikan nasihat agar sentuhlah anak dengan kalimah tayyibah mulai dari kecil, dan ajarkan tentang perihal agama dalam dirinya. Bermula usia 5 tahun lagi, Iman Sumayyah telah diserahkan dan dihantar kepada Ustaz Khairudin seorang Guru Quran yang hebat di daerah Kulai, Johor.

Selama 7 tahun, Iman Sumayyah dibentuk dengan ilmu Al-Quran, Ilmu Tajwid, dan hafazan Al-Quran surah-surah pilihan. Kerana minat yang begitu mendalam dalam Al-Quran, beliau berjaya membaca dan khatam Al-Quran seawal usia 10 tahun.

Kemudian di usia 12 tahun, beliau tamat UPSR di SRAB Johor Bahru dengan keputusan 5A. Melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Maahad Tahfiz kluster di bawak YIK iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah mulai Tahun 2012 hingga 2016 dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Di sana, hafazan Al Quran beliau lebih serius dengan jadual yang padat. Berkat usaha dan doa dari ibu bapa tercinta, Iman Sumayyah telah berjaya menyempurnakan hafazan Al-Quran pada usia 15 Tahun. Di samping mendapat keputusan PMR 8A, SMU 8 Mumtaz, dan SPM 7A.

”Tahniah buat anakku Iman Sumayyah, peneman abadimu telah wujud dan akan menjadi pendinding yang sangat ampuh di hari akhirat kelak. Jagalah dan peliharakan Kalam Allah ini.”, kata bapanya ketika hari Graduasi Tahfiz di Balai Islam Lundang Kota Bahru.

Minat yang terlalu mendalam untuk menuntut ilmu, telah mambawa Iman Sumayyah ke bumi kinanah, Mesir. Di Universiti Al-Azhar Mesir, beliau melanjutkan pelajaran peringkat tinggi dalam bidang Syariah Islamiah. Tahun pertama sahaja, beliau sudah mendapat keputusan yang sangat baik bertaraf jayyid jiddan.

Di samping bergelar seorang mahasiswi, Iman Sumayyah turut aktif dalam melakukan kerja-kerja amal dengan menjadi wakil Pertubuhan Kebajikan Amanah Prihatin Kulai Johor (PKAP Kulai Johor).

Pada Bulan Oktober 2019, beliau kembali semula ke Universiti Al-Azhar melanjutkan pelajaran ke tahun kedua. Di tahun kedua ini, Iman Sumayyah hanya dapat meneruskan pelajaran selama 5 bulan sahaja bermula Oktober 2019 hingga Februari 2020.

Hal ini kerana, beliau telah disahkan menghidap kanser Thymix Carcinoma dan terus mendapatkan rawatan di KPJ Johor Bahru. Ajaibnya, beliau terima dengan berlapang dada segala ketentuan Ilahi tanpa rasa sedih, takut, atau cemas.

Katanya, “Allah uji mesti ada sebab dan hikmahnya. Tiada yang berlaku melainkan dalam pengetahuan Allah.” Kata-kata ini sangat menyentuh hati ibu bapa, dan seluruh keluarga.

Begitu tinggi akhlak dan keimanan gadis ini. Beliau beriman pada qada dan qadar Allah, dan menerima ujian Allah dengan sangat positif.

“Perkara ini mengugurkan airmata saya kerana seolah-olah Allah telah menerima cara, kaedah, dan sentuhan pendidikan yang saya dan isteri berikan.” kata bapanya.

Maka bermulalah perjalanan Sumayyah selama 1 tahun 4 bulan dengan kimo dan radioterapi.

Pagi 3 Oktober 2021, Iman Sumayyah yang sedang berjuang dengan penyakitnya, diberikan kekuatan untuk mengambil peperiksaan Bahasa Arab USIM secara online hingga selesai dengan dibantu oleh adik dan sahabatnya. Pemikirannya masih tajam, dan segar untuk menerima ilmu walaupun zahir yang dilihat sangat kritikal.

Keadaanya kembali tenat pada petang tersebut. Pada malam itu, ibunya mengkhabarkan beliau setiap sejam tersedar dan memanggil “mama mama” diceritakan tentang beberapa perkara itu dan ini.

Setiap kali beliau cuba bercerita pasti diakhiri dengan kata-kata seperti, “Tidur Ye Mama”, “Sorry Mama”, “I love you”, “I love you more”. Itulah ungkapan kasih sayang yang kerap kali disebut buat terakhir kali pada ibunya.

Keesokan hari, sekitar Jam 12.30 tengahari, bapanya mengalunkan azan dan bersolat hajat 2 rakaat memohon kepada Rabbul Khaliq agar dikurniakan kesembuhan dan permudahkan urusan buat puteri sulungnya itu.

Setelah selesai solat, bapanya menghampirinya dan mendengarkan ayat suci Al- Quran. Bermula dengan membaca Surah Al-Fatihah buat kali pertama. Kelihatan mata Iman Sumayyah mula terbuka.

Bapanya terus membaca Al-Fatihah kali kedua, kelihatan matanya terus terbuka besar. Di saat inilah bapanya terus bertentangan ke mata dan wajah Iman Sumayyah lalu berkata,” Anakku Iman, ini buyah nak… ini buyah nak, buyah kamu yang sebenar, Allahuakbar. Allahuakbar. Maya lihat apa sayang, Maya lihat Syurga ye lihat Syurga ye, lihat syurga ye…”.

Pada saat itu, Allah SWT menjemputnya dalam keadaan sungguh mulia tepat jam 12.40 tengah hari, 4 Oktober 2021. Meningg4l dalam keadaan mengukirkan sekuntum senyuman manis yang penuh bahagia seakan-akan sudah melihat syurganya memanggil di depan.

Sifat beliau yang sentiasa tersenyum, ketawa dan riang adalah kurniaan Allah. Sepanjang hidupnya tidak pernah lekang dengan wajah tersenyum kepada semua insan.

Sifat kasih sayangnya pada golongan miskin, mengasihi anak yatim, hormat golongan yang lebih tua, suka menerima dan melayani tetamu, istiqamah murajaah dan tadabbur dengan Al Quran, sentiasa mencintai ilmu, menjaga solat, menjaga aurat, dan sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri Iman Sumayyah adalah cerminan akhlak beliau. Cerminan akhlak inilah mengakhiri hidupnya dengan penuh redha Allah SWT.

PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih

Sumber: Facebook Hj Afandi Abdul Samad

LihatTutupKomentar