PutarUlama’ merupakan insan yang mulia kerana mereka meneruskan kerja nabi-nabi iaitu dakwah dan mengajak manusia kembali ke jalan Allah SWT. Untuk itu, Allah SWT membezakan antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu sebagaimana firman-Nya di dalam al-Qur’an:يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍMaksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11].Bahkan ada di sebut dalam hadith, ulama’ merupakan pewaris Nabi SAW.Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍMaksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)][Syeikh al-Arna’out menghukum hadith ini sebagai hasan dengan syawahidnya].Bumi Malaysia sememangnya amat bertuah kerana masih terdapat beberapa orang wali Allah yang masih hidup. Antara wali Allah yang dikenali adalah Pak Su Mid yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah selain Tok Ayah Isa Yahya yang kini semakin di mamah usia dan menetap di Gerik, Perak. Bahkan ada juga wali Allah yang sudah meninggal seperti Pak Soh dari Terengganu.Dalam pada itu, di saat usianya yang semakin dimamah, mereka yang menziarahi Tok Ayah Isa ini sempat merakam doa yang selalu diamalkan oleh dirinya selepas solat fardu. Insya Allah, moga kita juga diberi kesempatan untuk mengamalkan doa dibaca oleh wali Allah ini.Ia dikongikan oleh Raden Najmi di akaun tik toknya.Allahummagh”firli ummati muhammadin warhamhum rahmatan ‘ammah.Doa ini ibaca selepas solat Subuh, Solat Maghrib sebanyak 10 kali. Manakala bagi solat fardu yang lain, hanya dibaca sekali sahaja.Siapa yang mengamalkannya insya Allah akan dimasukkan ke dalam syurga.Tok Ayah Isa ulama tertua berusia 104 tahun, tak pernah tinggal solat di masjid dan selalu duduk saf depan.“Ada sorang lagi ulama yang sempat belajar dengan Syeikh Yasin Padang “. Begitulah saya mula diperkenalkan dengan susuk tubuh orang ‘alim ini. Beliau Syeikh Isa bin Yahya merupakan seorang guru agama yang agak terkenal di sekitar Gerik, Perak. Mesra dengan pangilan tok ayah. Bahkan beliau merupakan antara individu terawal pergi ke Makkah.Saya difahamkan umur beliau mencecah 9+ tahun (ikut kad pengenalan didaftar tapi dipercayai sudah berusia 104 tahun). Tapi kudrat beliau luar biasa. Ini boleh dilihat kepada istiqamahnya beliau ke masjid. Lima waktu di masjid dan di saf depan sekali.Kuliah beliau di Masjid Jamek Gerik pagi Ahad. Beliau kuat ibadah.Seorang yang sangat cemburu dengan masa. Jika seseorang yang berhajat nak mengambil manfaat dengan beliau di rumah beliau samada nak baca kitab atau mengambil azkar dengam beliau mesti sudah berada dihadapan rumah beliau jam 8 pagi.Pada hari Jumaat , tok ayah akan ke kubur jam 7.30 pagi untuk doa setiap kali Jumaat. Beliau akan hadir ke masjid tepat jam 11.30 pagi di masjid untuk solat jumaat. Baru ini Tok Ayah ke masjid dengan kami tapi pada jam 11.50. Tok Ayah sebut, dah terlewat. Aku tertelan air liur.Selalu jema’ah yang hadir ke rumah tok ayah mahukan zikir tariqah Syatariah atau Dalailul Khairat . Tok Ayah ada tunjukkan kepada kami sanad dan kaifiyat beliau amalan tersebut dari gurunya.Jika zikir tariqat, beliau akan pimpin murid sehingga selesai menerima kesemua amalan dalam tariqat tersebut . Lebih kurang 1 jam selesai. Manakala Dalailul Khairat, beliau letak syarat seminggu untuk khatam bacaan Dalailul Khairat . Isnin bertemu isnin depan. Begitulah beliau khabarkan.Tok ayah berulang kali pesan untuk segera datang sebelum terlambat. Begitulah pesanan tok ayah.Sumber: Mohammad Amin


Ulama’ merupakan insan yang mulia kerana mereka meneruskan kerja nabi-nabi iaitu dakwah dan mengajak manusia kembali ke jalan Allah SWT. Untuk itu, Allah SWT membezakan antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu sebagaimana firman-Nya di dalam al-Qur’an:

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11].

Bahkan ada di sebut dalam hadith, ulama’ merupakan pewaris Nabi SAW.

Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)][Syeikh al-Arna’out menghukum hadith ini sebagai hasan dengan syawahidnya].

Bumi Malaysia sememangnya amat bertuah kerana masih terdapat beberapa orang wali Allah yang masih hidup. Antara wali Allah yang dikenali adalah Pak Su Mid yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah selain Tok Ayah Isa Yahya yang kini semakin di mamah usia dan menetap di Gerik, Perak. Bahkan ada juga wali Allah yang sudah meninggal seperti Pak Soh dari Terengganu.

Dalam pada itu, di saat usianya yang semakin dimamah, mereka yang menziarahi Tok Ayah Isa ini sempat merakam doa yang selalu diamalkan oleh dirinya selepas solat fardu. Insya Allah, moga kita juga diberi kesempatan untuk mengamalkan doa dibaca oleh wali Allah ini.

Ia dikongikan oleh Raden Najmi di akaun tik toknya.

Allahummagh”firli ummati muhammadin warhamhum rahmatan ‘ammah.

Doa ini ibaca selepas solat Subuh, Solat Maghrib sebanyak 10 kali. Manakala bagi solat fardu yang lain, hanya dibaca sekali sahaja.

Siapa yang mengamalkannya insya Allah akan dimasukkan ke dalam syurga.

Tok Ayah Isa ulama tertua berusia 104 tahun, tak pernah tinggal solat di masjid dan selalu duduk saf depan.

“Ada sorang lagi ulama yang sempat belajar dengan Syeikh Yasin Padang “. Begitulah saya mula diperkenalkan dengan susuk tubuh orang ‘alim ini. Beliau Syeikh Isa bin Yahya merupakan seorang guru agama yang agak terkenal di sekitar Gerik, Perak. Mesra dengan pangilan tok ayah. Bahkan beliau merupakan antara individu terawal pergi ke Makkah.

Saya difahamkan umur beliau mencecah 9+ tahun (ikut kad pengenalan didaftar tapi dipercayai sudah berusia 104 tahun). Tapi kudrat beliau luar biasa. Ini boleh dilihat kepada istiqamahnya beliau ke masjid. Lima waktu di masjid dan di saf depan sekali.

Kuliah beliau di Masjid Jamek Gerik pagi Ahad. Beliau kuat ibadah.

Seorang yang sangat cemburu dengan masa. Jika seseorang yang berhajat nak mengambil manfaat dengan beliau di rumah beliau samada nak baca kitab atau mengambil azkar dengam beliau mesti sudah berada dihadapan rumah beliau jam 8 pagi.

Pada hari Jumaat , tok ayah akan ke kubur jam 7.30 pagi untuk doa setiap kali Jumaat. Beliau akan hadir ke masjid tepat jam 11.30 pagi di masjid untuk solat jumaat. Baru ini Tok Ayah ke masjid dengan kami tapi pada jam 11.50. Tok Ayah sebut, dah terlewat. Aku tertelan air liur.

Selalu jema’ah yang hadir ke rumah tok ayah mahukan zikir tariqah Syatariah atau Dalailul Khairat . Tok Ayah ada tunjukkan kepada kami sanad dan kaifiyat beliau amalan tersebut dari gurunya.

Jika zikir tariqat, beliau akan pimpin murid sehingga selesai menerima kesemua amalan dalam tariqat tersebut . Lebih kurang 1 jam selesai. Manakala Dalailul Khairat, beliau letak syarat seminggu untuk khatam bacaan Dalailul Khairat . Isnin bertemu isnin depan. Begitulah beliau khabarkan.

Tok ayah berulang kali pesan untuk segera datang sebelum terlambat. Begitulah pesanan tok ayah.

Sumber: Mohammad Amin

LihatTutupKomentar