“Woiii ni mak aku!”- Pemuda bengang ibu dituduh curi pokok di Pameran Floria Putrajaya
Pagi tadi, kecoh di laman Twitter apabila seorang individu mendakwa wanita mencuri pokok yang dijadikan perhiasan di karnival Royal Floria Putrajaya yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya pada ketika ini.
Dah bagi masuk free pun masih nak ambil kesempatan
Menerusi ciapan dimuat naik oleh pengguna dikenali @czero, dilihat seorang wanita sedang memasukkan pasu sebuah pokok bunga ke dalam kereta jenis Estima.
Bagaimanapun, dia mempertikaikan tindakan wanita tersebut yang dikatakan mengambil kesempatan membawa balik pokok tersebut secara percuma memandangan karnival tersebut tidak mengenakan sebarang tiket masuk.
Susulan penularan ciapan tersebut, ramai mulai mengecam dan mengkritik tindakan wanita tersebut termasuklah pengunjung lain yang dilihat mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab mencuri pokok-pokok hiasan yang dipamerkan di karvinal berkenaan.
Woii, ni mak aku. Mak aku beli pokok soap dengan resit
Malangnya, ciapan itu mendapat perhatian anak kepada wanita dalam foto berkenaan dan tampil menempis dakwana individu berkenaan.
Pengguna dikenali Amir Ashraf menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan ibunya membeli pokok-pokok tersebut daripada vendor di kawasan terbabit.
“Woi, ni mak aku. Mak aku beli pokok yang dijual bersama resit pembelian lagi. Bukannya main kutip sahaja. Hangpa semua memang bab*, mulut puaka tiada insurans. Tanpa tanya terus nak buat kesimpulan,”ciapnya.
Siap ada bukti resit pembelian tau!
Malah, dikesempatan itu Amir turut mengepilkan resit pembelian dan mengecam kembali individu berkenaan yang dilihat sewenang-wenangnya menuduh ibunya mencuri dan menyebarkan perkara tidak sahih di media sosial.
Dia tak curi. Dia beli dari kami
Selain itu, salah seorang pengguna tampil memberitahu bahawa keluarga individu berkenaan membeli pokok tersebut daripada mereka dan bukannya mencuri atau mengambil kesempatan seperti yang didakwa ramai.
Mengulas lanjut, pengguna dikenali @jiruljim itu mengatakan mereka terpaksa menjual pokok di situ memandangkan ia terlalu banyak dan tidak muat untuk diangkut pulang oleh lori.
Difahamkan, ciapan asal yang menuduh wanita tersebut mengambil pokok di karnival telah dipadam dan pengguna tersebut telah membuat permohonan maaf ke atas keluarga Amir.